Friday 14 December 2018

Al-Imran Ayat 37

3.3.37
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 37:

Ringkasan tafsir;

Apabila Hannah telah melahirkan anaknya diberi nama Maryam dan dibungkus dengan baik dan dibawa kerumah ibadah Baitulmuqadis lalu diletak dihadapan para pendita keturunan Nabi Allah Harun, seraya berkata “Nah ambil anak saya ini sebagai membayar niat nazar saya”. Maka pendita-pendita yang hadir itu masing-masing berebut-rebut untuk memelihara Maryam, dan muncul Zakaria pada ketika itu mendakwa dia paling layak untuk memelihara anak tersebut. Maka masing-masing tidak berpuas hati dan mereka mengadakan undian siapa yang layak menjaga anak itu. Dan akhirnya Zakaria berjaya dalam undian, dan membawa Maryam kerumah dan disediakan suatu tempat sebagai rumah ibadat khas untuk Maryam yang mempunyai 7 lapis pintu dan Maryam berada dalam mihrab bilek tersebut yang tidak dapat dimasuki oleh sesiapa pun kecuali Zakaria yang menjaganya.

Apabila setiap kali Zakaria membuka pintu menjengok Maryam adalah didapati sentiasa ada makanan dan minuman yang lazat disamping Maryam. Lalu Zakaria bertanya kepada Maryam bahawa dari mana datangnya makanan minuman tersebut, dan jawab Maryam, “sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa sahaja yang dikehendaki Nya dengan tiada terkira”.

.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
31~40,
[GS]
https://sites.google.com/site/malaysiabookrecord/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8    


Al-Imran Ayat 36

3.3.36
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 36:
.

Ringkasan tafsir;

Bahawa Allah lebih mengetahui kedudukan anak yang dikandung oleh Hannah itu, bagi membuktikan bahawa darjat seorang perempuan hendaklah dimuliakan sama dengan kaum lelaki, maka lahirlah anak perempuan yang diberi nama Maryam,


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
31~40,
[GS]
https://sites.google.com/site/malaysiabookrecord/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Thursday 16 June 2016

Surah Al-Baqarah (60)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 60:
.
Ringkasan tafsir;
Nabi Musa berdoa kepada Allah mohon mendapat air untuk kaumnya Bani Israel, dan doa Nabi Musa dikabulkan oleh Allah, maka Allah mengarah Nabi Musa memukul batu tersebut dengan tongkatnya, maka terpancarlah 12 mata air dari celah-celah batu bukit untuk tiap-tiap puak-puak akan tempatnya masing-masing, maka makan dan minumlah rezeki dari Allah dan janganlah kamu membuat bencana diatas muka bumi ini.  

Bani Israel dikurung dipadang pasir At-Tih selama 40 tahun lamanya sesat dalam kawasan padang pasir dan tak tahu jalan keluar dan pada masa itu nikmat yang diberi Allah kepada mereka amatlah banyak seperti ;

1) Manna – embun manisan dari langit.
2) Salwa – sejenis burung.

3) 12 Air mata air untuk 12 puak suku kaum dari keturunan Yaacob.

Kaum Bani Israel masih lagi engkar dan mungkir janji dengan perintah Allah, dan sesudah sekian lama selepas 40 tahun kaum Bani Israel ditahan dipadang pasir, maka ujud 2 jenersai baru turunan untuk membina negara merdeka, maka Allah membenarkan kaum Yahudi untuk berhijrah pindah ke Baitulmuqadis yang dipimpin oleh Nabi Yusyak yang menggantikan Nabi Musa yang telah wafat dipadang pasir tersebut (1.2.58), tapi malangnya mereka memasuki Kota Baitulmuqadis  dengan keadaan tergesa-gesa dan menonjolkan punggung mereka bagi maksud mengejek-gejek perintah Allah, maka seksa telah diturunkan kepada mereka dengan penyakit taun suatu wabak yang tersebar sekelip mata apabila memasuki baitulmuqadis (1.2.59).  

.  
[Previous] [Next]
.

Sumber,

Terjemahan (1.2.51~60);

[GS]
https://t.co/J8CQgG3SKk
Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan